Monday, 31 December 2012
pause sekejap
takpe lah kalau takde rezeki bulan ni pun, don't push it too hard bebeh. my priority is to cure this asthma first. asthma boleh membawa maut okay. don't play play. kemungkinan esok pun aku skip TTC supplements ni. tunggu sampai asthma aku betul2 elok.
aku ni sehari dua dah nak masuk fertile zone ni kot. ntah larat ntah tidak nak BD. huhu. kau ni macam2 la melah! laki ada ko pulak sakit. adoyaaaiiiii.
graf aku plak da mcm harem sebab FF tak nak plot kan suhu aku kat graf bila aku put remark yg aku demam. maknanya suhu aku tidak akan diambil kira sehingga lah aku dah sembuh. aku terpaksa la depend kat OPK je untuk confirmkan fertile zone aku.
Sunday, 30 December 2012
daun bunga raya
korang penah dengar pasal khasiat daun bunga raya tak? aku ada terbaca dalam forum ratuhati pasal orang yg berjaya preggy lepas consume air rebusan daun bunga raya ni.aku pun bukan sampai tahap buta2 nak try semua benda. tapi dah ramai orang dalam forum tu try lepas tu terus period teratur. dan bila aku google aku dapati daun ni jugak boleh reduce panas dalam kalau demam. oleh kerana demam aku yg tak elok2 ni why not aku try? segala2 nya demi sebab nak elak makan ubat. sambil menyelam minum air, sambil2 nak kurangkan panas badan ni mana lah tau kot ada rezeki? huhu
so tadi pegi cari last2 dapat kat umah jiran mak mertua aku. thanks aci sbb bagi permission! dorang kata kena pokok yg bunga nya warna merah. warna putih, peach, biru, hitam, etc semua tak boleh.
cara2 penyediaan: 5-6 helai daun dibasuh bersih dan rendam seketika dgn air sehingga korang yakin bersih. pastu kisar dgn setengah cawan air suam. air tak boleh banyak sangat nanti takut korang tak mampu nak habiskan. air sikit sangat pun tak boleh sebab takut nanti terlampau pekat korang jugak yg geli nak minum. air nya mcm berlendir sikit. ok...i lied. berlendir banyak kot! pastu lepas kisar tu tapis dan ambik patinya sahaja. baca la selawat nabi ataupun apa2 doa sebelum minum.
ada orang yang immediately termuntah lepas minum. sebab lendir dia memang baekkk punya. aku berjaya mungkin sebab aku da penah telan ubat cina yg lagi memang tak bole belah. so setakat air rebusan daun bunga raya ni aku boleh kompromi lagi. so harap2 panas badan aku berkurangan dan aku boleh sambung BBT mcm biasa.
Saturday, 29 December 2012
demam dan gagal
aku gagal menahan diri. petang tadi kat opis badan aku dah menggigil so terpaksa gak telan paracetamol 2 ketul. malam aku telan fedac sebab sesema ni. leceh ar demam, temperature dah lari plak. harap by esok recover : (
ubat cina pun aku makan dua kali sbb tak lalu. ni pepagi buta dah terbangun sebab malam tadi tak makan. selera still takde tapi perut kruk krak kruk krak. aku kena goreng cekodok ikan bilis la ini macam kalu. if not aku tak boleh makan ubat cina. skip lagi. kalau asyik skip bila nak abis? gua da tak sanggup lagi berbau herba cina.
Friday, 28 December 2012
aku dan dadah-dadah itu
Aku memang daripada kecik ada masalah sinus. Kuat sangat selsema. Bila aku dah besar dah pandai pegi clinic amik ubat sendiri, aku kuat sangat makan ubat selsema Fedac. Fedac bagi dua advantage kat aku, stop selsema dan secara tak langsung boleh bagi aku tidur (memandangkan aku mmg ada sleeping problem). Masa muda-muda dulu mana la nak fikir pasal kesuburan semua ni. Bajet subur je kan...
Pastu aku ni sakit sikit makan ubat. Nak demam sikit amik paracetamol. Nak senggugut sikit amik panadol menstrual. Memang laju je makan ubat. Dalam hal ni aku impress dengan suami. Pertama, dia amat jarang sakit. Kalau demam pun demam2 manja je, hari ni ngadu esok dah elok. Kedua, kalau sakit pun dia tak suka makan ubat. Dia tahan je sampai elok sendiri. Ye lah lelaki kan kuat.
Tapi satu la advantage untuk tabiat aku yg kuat makan ubat ni. Hari ni demi nak anak, segala ubat mak neka aku sanggup telan. Termasuk herba cina yg rasa ntah hapa2 ni. Cakap pasal ubat cina ni, ada lagi 3 hari aku nak kena makan. Ya ampoooooooooon!
Thursday, 27 December 2012
ubat cina lagi
semalam pegi sensei lagi memandangkan period da habes. kali ni dia cakap heartbeat aku da improve. hari tu macam laju sangat. ni dah normal sikit. kali ni suami pun ikut since he's in town. sensei bagi aku herba lagi. untuk betulkan ovari aku katanya. huwaaaa. aku ingatkan kot lepas ni dapat ubat yg sedap sikit or at least dalam bentuk pil ke.
cara makan sama je. supply untuk 5 hari, makan 3 kali sehari dibancuh dengan air. balik rumah lepas dah bancuh tu aku pun buat muka cemek kat suami, tanda tak sanggup nak telan. suami cakap 'takpe, minum sampai habis eh?' amboi laki aku cakap senang le. cuba dia yg kena, aku boleh confirm dia takkan minum! takpe lah. demi nak anak aku telan. insya Allah, yang pahit itu penawar.
healthy diet
mulai daripada hari ini aku nak mengamalkan diet sihat. sebagai permulaan, this is my lunch for today. bubur you tiao. selain daripada untuk ttc, boleh jugak kurus : ) kot..haha
Shatavari by Himalaya
So semalam aku pun dengan pantas pergi kedai Himalaya (kebetulan dekat-dekat dengan opis aku ni ada satu kedai Himalaya). Sampai sana aku terus tanya kakak tu apa kepentingan Shatavari ni. Kakak ni cakap benda yg sama. Untuk kuatkan rahim dan untuk orang yg tengah TTC. Di samping itu lepas bersalin pun boleh sambung makan sebab dia boleh banyakkan susu untuk breastfeed. Aku pun apa lagi rembat sebotol. Harganya dalam RM47 untuk sebulan punya supply.
Ni antara blog-blog yang mengesahkan kebaikan Shatavari ni. Mari kawan-kawan kita tawakal dan cuba. Insya Allah...tercapai hajat kita nanti...
http://duniamamapapa.blogspot.com/2011/03/makanan-suami-isteri-untuk-hamil.html
http://soontobeamummy.blogspot.com/2011/04/stain.html
http://mrsniazara.blogspot.com/search/label/cerita%20ttc%20saya
http://nurmimy.blogspot.com/2011/09/orang-tanya-aku-cerita-labuka-mata.html
Wednesday, 26 December 2012
Welcome home Period
Alhamdulillah jugak ubat sensei dah habis. phewww...aku memang tak sanggup dah ubat tu. kalau setakat pahit je takpe, ni pahit campur + manis. ha camne? korang mampu?? anyway, aku rasa esok aku dah boleh pegi jumpa sensei sebab dia cakap habis je period datang balik. dia nak monitor. Nervous nya...bukan apa, sebab dia mesti geleng geleng kepala lagi kalau aku cakap period aku datang 3,4 hari jugak je. huhu. Pastu ntah apa ubat lagi dia nak kasi. Macam mana pulak rasanya. Tak sanggup aku. Sekali dia suruh sambung lagi ubat hari tu??? Huwaaaaaaaaaaaaaa mak memang meraung kat depan Sensei tu jugak.
Temping kali ni aku macam teruja sikit. Aku dah awalkan time utk ambik temperature tu ke pukul 6am. Pastu aku dah panjangkan sikit cycle aku ke 30 hari (instead of 28 hari) sebab 2,3 bulan ni period aku slalu delay la. So dia dah tak cantik lagi 28 hari. Betapa tak best nya. Tu la, dulu bangga sangat period cantik 28 hari. Ok dah jangan riak lagi lepas ni.
Semalam dapat stok kurma baru daripada mama. Yahooo..Yang Along kasi tu aku tak boleh makan. Kurma basah. Manisnya yang teramat. Waktu malam boleh jugak aku paksa telan. Tapi waktu pagi macam ada culture shock sikit kat lidah.
Kali ni aku merancang nak makan folic acid dengan EPO betul-betul. Tak mau skip-skip dah. Ni lunch time nak turun beli tempat isi ubat tu so that aku boleh letak dalam handbag dan tak miss makan hari-hari. Kelas kan aku Jah? Semangat uols. Umur nak masuk 32 nak tunggu apa lagi? Mama dah membebel macam nak rak. Adik ipar aku yg baru kawin bulan 9 hari tu pun dah peknen. Nak tunggu apa lagi? Cer citer cer citer...
Sunday, 23 December 2012
confuse
sebenarnya aku tgh confuse sebab period aku da delay 3 hari ni. tanda2 nak period yg slalu aku rasa kat bahagian bawah perut pun takde. cuma kadang kadang ada rasa perut cramp tapi kejap kejap je. tp breast ni da seminggu rasa bengkak. aku malas nak buat upt sebab aku rasa memang takkan pregnant cycle ni sebab suami takde masa waktu subur hari tu.
actually dah 3 kali cycle suami takde masa aku subur. dah la dua cycle tu aku ada amik clomid uols. tapi tak boleh buat apa. belum sempat waktu subur suami kena pegi. dah nak period baru balik. 2 kali amik cukupla. benda tu buat aku kuat makan.
aku risau plak period delay ni sebab ubat sensei tu. tapi sensei cakap ubat ni untuk aku keluar period banyak sikit 5,6 hari sebab originally sekejap sangat 3 hari dah habis. ni tak keluar langsung pulak dah cemana kekdahnya? huwaaa jangan la cycle aku lari. da setahun lebih aku track cycle aku yg timing selalu cantik 28 hari ni : ( advantage untuk aku kira timing subur aku.
takpe lah. tunggu lagi seminggu kot pastu kalau tak mari jugak terpaksa la aku buat upt. hmm senanya malas sebab tau memang chances very low. bendalah upt tu mahal plak tu. membazir je guna kalau tau memang takkan pregnant. lagipun temperature aku da turun da sejak semalam so confirm period lah cuma ada sangkut sikit ni tak tau kat bahagian mana. huhu
Thursday, 20 December 2012
ubat cina
hari ni nak citer pasal ubat sensei. hari selasa hari tu aku pegi kedai sensei dekat area rumah aku. asalnya pegi sensei ni sebab kawan aku rekemen satu ubat kesuburan ni. dia hari tu berjaya so dia suruh aku try. tapi pempuan yg jaga kaunter tu tak kasi aku beli ubat tu. dia kata kalau bab kesuburan ni kita kena tau apa masalah kita dulu. tak boleh main amik sebarang ubat.
rupanya kat dalam kedai tu ada macam bilik doctor di mana sensei tu check up kita. aku pun tawakal je la jumpa dgn dia. sensei tu check blood pressure aku pastu palm, dengan nadi aku. aku amatlah terkejut bila sebut beberapa perkara yg memang betul iaitu :
1. aku kuat minum teh. dia suruh aku benti sebab badan aku sejuk so teh is a big no no untuk aku.
2. aku tak tahan sejuk. sangatlah betul tak pecaya tanya suami aku. malah naik kereta pun kami selalu kena tutup aircond dan buka tingkap sebab aku tak tahan walaupun minimum temperature.
3. aku ada migrain
4. aku ada keputihan keluar kadang kadang. dia cakap ini disebabkan oleh teh jugak.
5. aku kuat berpeluh. yezza. kadang kadang cuaca tak panas mana pun aku berpeluh bagai nak rak. korang rasa pelik tak? kuat berpeluh tapi tak tahan sejuk? pelik aku ni rupanya.
6. aku ada senggugut
7. aku ada problem tido malam. ye memang sejak time sekolah lagi.
amazing bukan? memandangkan aku sepatutnya period hari ni, sensei tu bagi aku ubat untuk banyakkan period aku. aku memang slalu period kejap je. 3 hari dah kering. sensei cakap aku kurang darah so kena betulkan tu dulu. ubat ni di bancuh dengan air dan minum 3 hari sekali selama 5 hari. rasanya memang....aku tak boleh nak telan siap muntah lagi. maklumlah herba. tapi demi nak anak aku telan jugak jah oi! nasib baik 5 hari je. kalau sebulan memang aku surrender. ni ada lagi 3 hari.
Ya Allah Engkau permudahkanlah. sesungguhnya aku hanya berikhtiar..namun Kau lah yang menentukan segalanya.
Wednesday, 19 December 2012
my ttc gadget and application
helo everyone
Suami aku bekerja dlm industri oil and gas so dia selalu sgt takde kat kl. Actually kami memang jarang ada peluang dapat bersama waktu subur. Sbb tu lah kami blm pegi any pusat rawatan kesuburan lagi. Dgn keadaan kerja suami yg tak boleh commit dgn sebarang rawatan, aku redha. Tapi walaubagaimanapun aku akan terus berikhtiar dgn cara aku sendiri, Insya Allah sampai masanya nanti aku pasti aku akan berjaya. Semoga Allah memandang segala ikhtiar2 ku ini. Amin.