Tuesday 19 March 2013

khasiat ginseng - 18SX punya entry

few months back aku ada terbaca satu blog about one TTCian lady yg bagi suami dia minum tongkat ali upon doctor's advice. suami dia ada low sperm count problem so doctor advise untuk ambil ginseng sebagai supplement.

menariknya beberapa bulan kemudian mereka pegi check balik and it turned out ada improvement pada sperm count dia. dan sekarang dia da preggy pun.

aku pun tertarik untuk cuba walaupun kami belum pernah buat apa2 check up lagi. so setakat ni dah dekat sebulan jugak amik. Alhamdulillah, hasben makin 'bertenaga' lol. geli plak dengan ayat 'bertenaga' tu. but that's the fact lar. pada O yg lepas kami berjaya BD almost every day. tau-tau jelah lelaki ni kalau dia tak larat agak sukar untuk dia 'launching' nanti. tapi tongkat ali memungkinkan segalanya. ok, ayat mcm iklan tv sangat!

padan la sana sini lelaki suka ckp sal tongkat ali la, kopi jantan la. ini rupanya. hihi.

apa2 pun rezeki di tangan Tuhan. yang penting usaha. bak kata member kat Ratuhati, bila time O tu pulun habis jew!

Friday 8 March 2013

The Most Beautiful 2 Weeks Wait

cycle lepas merupakan 2ww yg terindah untuk aku. kerana sepanjang 2 minggu tu aku berada di rumah Allah, Mekah. Kat sana aku tak berapa fikir sangat pasal ttc sebab aku memang focus kat ibadah je. tau-tau je 2 minggu dah berlalu. Aku mohon pada Allah S.W.T kalau takde rezeki untuk aku bulan tu pun, aku mohon period dilambatkan sikit. Alhamdulillah dimakbulkan. Period aku keluar betul2 sehari lepas aku sampai kl, which is a 3 days delay : ) dapat la beribadah sepenuhnya kat sana.

Masa kat sana salah satu doa aku of course la zuriat kan. tapi keutamaan aku minta Allah lindungi rumahtangga aku, supaya kami dapat lalui susah senang bersama. Aku panjatkan kesyukuran kerana ditemukan dgn suami yg sangat baik dan penyayang. Dan dengan rezeki yg Allah beri pada suami lah aku dapat jejakkan kaki ke Mekah. Alhamdulillah complete sudah haji kecik ku.

Masa kat sana ramai juga yg titip doa. Kawan2 kat RH pun ramai juga. Alhamdulillah aku sempat doakan untuk 'kawan2 online' kesayangan ku ni di depan Kaabah. Syukur dipertemukan dgn mereka. Banyak tip-tip ttc yang aku dapat. Moga-moga kita semua beroleh cahaya mata soon ok kawan2 ku sayang. Amin ya rabbal alaminnn...


Saturday 9 February 2013

this cycle

akhirnya berjaya jugak dapatkan chart yg cantik sikit. line merah pun keluar dgn terang benderang. alhamdulillah..

yang paling best berjaya jugak BD pada waktu yg sepatutnya. setelah 5 bulan missed. alhamdulillah. harap2 ada la rezeki kami.

cumanya starting esok aku xleh temping lagi sebab aku nak ke luar negara. dorang kata kat sana tengah sejuk. so memang dah tak accurate lg dah temperature aku. so chart aku terhenti di sini...kot. tapi termometer aku still bawak. just in case : P

Wednesday 23 January 2013

That sinful act yesterday

Finally period came. Tapi aku dah tau awal2 dah coz aku mc and pegi clinic tadi. Doc check urine sbb sakit pinggang aku ni takut infection. Doc kata ada trace of blood kemungkinan period nak datang dah. Lepas je aku dah confirmkan period petang tadi aku terus rembat ubat sesema fedac untuk sesema yang aku dah tahan 2 hari ni. Huhu

Anyway semalam aku langgar pantang lagi! Aku minum coke!! I know I know I know its a very sinful act for TTCians. But I could not help it :'( semalam kan cam tak sihat. Ok ok last je pasni tak minum lagi.

Jom start a new BBT cycle. Yay.

Amboi sedapnya ko melantak coke tu tanpa rasa bersalah melah!!

Tuesday 22 January 2013

penyakit tak tahan sejuk

hi aku nak update few things pasal ubat cina yang aku makan tu.

Tau tak, penyakit aku yang tak tahan sejuk ni dah pulih. Kalau nak tau aku punya tak tahan sejuk ni nauzibillah memang sangat annoying. Orang selalu tak suka tempat panas, semua nak lari pi kat air cond. Aku plak tak suka air cond, bila kat tempat panas kemain bahagia. 

Pagi-pagi nak pegi keje aku memang tak penah bukak aircond kereta. Aku suka bukak tingkap which hasben aku memang tak suka. Sebab dia cakap bahaya takut orang datang bukak pintu keta aku, Tapi aku memang tak tahan so aku teruskan tabiat tak senonoh aku tu. Tengah hari dan malam pun camtu, agak-agak tak tahan aku tutup aircond bukak tingkap. Naik kereta hasben pun camtu, after 10 mins aku suruh tutup and buka tingkap. Tapi kalau keta orang lain takde la, aku terpaksa tahan jugak. Naik keta orang jangan nak mendiva sangat la ye...

Kat opis memang confirm berselubung dengan shawl 24 jam. Kalau tengok wayang siap pakai sweater yang berhooded. Bahagian badan aku yang tak tahan sejuk ialah dari tengkuk ke pinggang. Bawah pinggang sampai hujung kaki takpe je. Kalau aku tido malam aku selimut satu badan tapi kaki terjuntai keluar, Sebab kaki tak tahan panas. Boleh tak penyakit macam ni? Daripada sekolah lagi. Hehe

Tapi alhamdulillah lepas makan ubat cina, suami pun perasan aku tak penah minta tutup aircond kereta lagi. Drive pegi keje pagi-pagi pun pasang aircond takde hal. Memang tak pernah dah aku bukak-bukak tingkap lagi. Tapi minimum level la. Kat opis pun dah tak bershawl bagai lagi kecuali time sesema. Tido malam selamba aircond (tapi esok memang confirm sesema sebab aku asthma kan). Suami memang sangat-sangat surprise dengan perubahan ni, Dia pun tak nafikan ubat cina tu bagus.

Satu lagi keputihan aku hilang dah. Yang ni aku tak pasti samada sebab ubat cina or sebab aku pantang teh. Tapi lebih kurang la kot sebab yang suruh aku pantang minum teh pun sensei tu jugak. Aku memang advise kepada kawan-kawan ku sekalian kalau ada masalah keputihan cuba berpantang minum teh. Aku punya memang dah takde dah. Actually keputihan aku takde la teruk sangat. Few days before period je dia akan keluar itu pun belum tahap serious mana. Just tak suka bila dia kena kat panties. Tak selesa. Sekarang tiada lagi : )

Monday 21 January 2013

mimpi sang suami

psttt...nak citer sikit...

Pagi semalam waktu tengah bergolek-golek atas katil dengan suami dia bagitau dia mimpi dapat baby. Aku macam terkejut sikit tapi aku control macho je. Aku sebenarnya semalam dah delay period 2 hari. Masuk hari ni dah 3 hari lah (kalau dia tak datang malam ni la). Tapi aku tak bagitau suami sebab tak nak dia mengharap sangat. Tian dia nanti. So aku just cakap 'maknanya ada la tu rezeki Tuhan nak bagi. Kalau bukan dalam bentuk anak, dalam bentuk lain kot' sambil mencium pipi suami.

Aku bukan apa sebab aku rasa macam impossible untuk aku preggy cycle ni. Macam yang korang tengok kat tepi suami pegi outstation awal bulan hari tu. Memang la sempat BD sebelum tu tapi belum tiba waktu subur rasanya masa tu. Pastu kan aku sakit sampai aku tak dapat detect bila waktu O aku. Lagi lah aku memang tak yakin aku preggy.

Sekarang ni dah seminggu aku rasa tanda-tanda nak period tapi period nya tak datang-datang. Perut ni kejap-kejap macam senggugut tapi kejap takde plak. Breast pun sama dah seminggu sakit tapi tak seteruk selalu. Kali ni kurang sikit mungkin sebab aku makan supplement very consistently. Tapi kali ni ada sakit belakang pulak. Ntah tak tau la sakit kat pinggang ke kat belakang, tapi yang dia penting dia kat belakang badan. Mulut memang rasa loya giler tapi takde muntah. Just geli-geli je. Takut ada yang tersumbat menyebabkan period ni sangkut ke? Ataupun banyak sangat amik segala mak neka supplement to conceive sampai badan aku jadi confuse??

Apa-apa pun kita tunggu je lah. Kalau berterusan macam ni selama one week aku terpaksa la buat UPT.

Tuesday 15 January 2013

It's all about teamwork!

Ada lagi 5,6 hari untuk aku punya period due. Cepat la tak sabo ni. Nape tah aku rasa macam cycle ni panjang sangat. Huhu

Anyway, aku dah download fertility friend kat iphone hasben aku. Aku siap log in kan ID aku sekali supaya hasben aku leh view updated calendar dengan BBT chart aku. Aku da ajar dia sikit2 sal BBT chart tu. Terangguk-angguk kepala dia entah ingat entah tidak. Takpe lah, yang penting aku nak dia alert tang calendar tu so that dia tau masa bila nak kena BD, masa bila yg buang karen je kalau BD. Lol. Gurau aje : ) kat situ kan dia leh nampak, kalau hijau tu maknanya BD time uols! Kalau merah tu maknanya don't touch me lewww.

So pasni tak yah la asik nak remind je. Dia nak tau, dia bukak dalam phone dia. It's all about teamwork. Dua orang berusaha lebih cepat nampak hasilnya. Gittewwww! Semangat emak2 dah meresap dalam jiwa aku malam ni nampaknya.