Friday 8 March 2013

The Most Beautiful 2 Weeks Wait

cycle lepas merupakan 2ww yg terindah untuk aku. kerana sepanjang 2 minggu tu aku berada di rumah Allah, Mekah. Kat sana aku tak berapa fikir sangat pasal ttc sebab aku memang focus kat ibadah je. tau-tau je 2 minggu dah berlalu. Aku mohon pada Allah S.W.T kalau takde rezeki untuk aku bulan tu pun, aku mohon period dilambatkan sikit. Alhamdulillah dimakbulkan. Period aku keluar betul2 sehari lepas aku sampai kl, which is a 3 days delay : ) dapat la beribadah sepenuhnya kat sana.

Masa kat sana salah satu doa aku of course la zuriat kan. tapi keutamaan aku minta Allah lindungi rumahtangga aku, supaya kami dapat lalui susah senang bersama. Aku panjatkan kesyukuran kerana ditemukan dgn suami yg sangat baik dan penyayang. Dan dengan rezeki yg Allah beri pada suami lah aku dapat jejakkan kaki ke Mekah. Alhamdulillah complete sudah haji kecik ku.

Masa kat sana ramai juga yg titip doa. Kawan2 kat RH pun ramai juga. Alhamdulillah aku sempat doakan untuk 'kawan2 online' kesayangan ku ni di depan Kaabah. Syukur dipertemukan dgn mereka. Banyak tip-tip ttc yang aku dapat. Moga-moga kita semua beroleh cahaya mata soon ok kawan2 ku sayang. Amin ya rabbal alaminnn...


No comments:

Post a Comment