Akhirnya period aku menjengah jua pada pagi Ahad yang lalu. Tapi walaupun dah makan ubat sensei dia tetap keluar 3 hari je. hari ni dah masuk hari ke-4 dia spotting je. esok kering la tu. hmmm. tapi walaubagaimanapun Alhamdulillah aku tak senggugut. dia cuma rasa sikit nak kuar pastu dia kuar steady je. dapat la aku berjalan-jalan kat Legoland sehari suntuk dengan suami.
Alhamdulillah jugak ubat sensei dah habis. phewww...aku memang tak sanggup dah ubat tu. kalau setakat pahit je takpe, ni pahit campur + manis. ha camne? korang mampu?? anyway, aku rasa esok aku dah boleh pegi jumpa sensei sebab dia cakap habis je period datang balik. dia nak monitor. Nervous nya...bukan apa, sebab dia mesti geleng geleng kepala lagi kalau aku cakap period aku datang 3,4 hari jugak je. huhu. Pastu ntah apa ubat lagi dia nak kasi. Macam mana pulak rasanya. Tak sanggup aku. Sekali dia suruh sambung lagi ubat hari tu??? Huwaaaaaaaaaaaaaa mak memang meraung kat depan Sensei tu jugak.
Temping kali ni aku macam teruja sikit. Aku dah awalkan time utk ambik temperature tu ke pukul 6am. Pastu aku dah panjangkan sikit cycle aku ke 30 hari (instead of 28 hari) sebab 2,3 bulan ni period aku slalu delay la. So dia dah tak cantik lagi 28 hari. Betapa tak best nya. Tu la, dulu bangga sangat period cantik 28 hari. Ok dah jangan riak lagi lepas ni.
Semalam dapat stok kurma baru daripada mama. Yahooo..Yang Along kasi tu aku tak boleh makan. Kurma basah. Manisnya yang teramat. Waktu malam boleh jugak aku paksa telan. Tapi waktu pagi macam ada culture shock sikit kat lidah.
Kali ni aku merancang nak makan folic acid dengan EPO betul-betul. Tak mau skip-skip dah. Ni lunch time nak turun beli tempat isi ubat tu so that aku boleh letak dalam handbag dan tak miss makan hari-hari. Kelas kan aku Jah? Semangat uols. Umur nak masuk 32 nak tunggu apa lagi? Mama dah membebel macam nak rak. Adik ipar aku yg baru kawin bulan 9 hari tu pun dah peknen. Nak tunggu apa lagi? Cer citer cer citer...
No comments:
Post a Comment