Thursday 20 December 2012

ubat cina

hari ni nak citer pasal ubat sensei. hari selasa hari tu aku pegi kedai sensei dekat area rumah aku. asalnya pegi sensei ni sebab kawan aku rekemen satu ubat kesuburan ni. dia hari tu berjaya so dia suruh aku try. tapi pempuan yg jaga kaunter tu tak kasi aku beli ubat tu. dia kata kalau bab kesuburan ni kita kena tau apa masalah kita dulu. tak boleh main amik sebarang ubat.

rupanya kat dalam kedai tu ada macam bilik doctor di mana sensei tu check up kita. aku pun tawakal je la jumpa dgn dia. sensei tu check blood pressure aku pastu palm, dengan nadi aku. aku amatlah terkejut bila sebut beberapa perkara yg memang betul iaitu :

1. aku kuat minum teh. dia suruh aku benti sebab badan aku sejuk so teh is a big no no untuk aku.

2. aku tak tahan sejuk. sangatlah betul tak pecaya tanya suami aku. malah naik kereta pun kami selalu kena tutup aircond dan buka tingkap sebab aku tak tahan walaupun minimum temperature.

3. aku ada migrain

4. aku ada keputihan keluar kadang kadang. dia cakap ini disebabkan oleh teh jugak.

5. aku kuat berpeluh. yezza. kadang kadang cuaca tak panas mana pun aku berpeluh bagai nak rak. korang rasa pelik tak? kuat berpeluh tapi tak tahan sejuk? pelik aku ni rupanya.

6. aku ada senggugut

7. aku ada problem tido malam. ye memang sejak time sekolah lagi.

amazing bukan? memandangkan aku sepatutnya period hari ni, sensei tu bagi aku ubat untuk banyakkan period aku. aku memang slalu period kejap je. 3 hari dah kering. sensei cakap aku kurang darah so kena betulkan tu dulu. ubat ni di bancuh dengan air dan minum 3 hari sekali selama 5 hari. rasanya memang....aku tak boleh nak telan siap muntah lagi. maklumlah herba. tapi demi nak anak aku telan jugak jah oi! nasib baik 5 hari je. kalau sebulan memang aku surrender. ni ada lagi 3 hari.

Ya Allah Engkau permudahkanlah. sesungguhnya aku hanya berikhtiar..namun Kau lah yang menentukan segalanya.

3 comments: