Thursday 27 December 2012

Shatavari by Himalaya

Semalam aku discover pasal satu produk - Shatavari by Himalaya. Ala tau tak produk Himalaya yang jual ubat, syampu pelbagai tu. Aku ada baca satu blog di mana budak ni cakap dia amalkan Shatavari. Dan aku terus google-google dan jumpa ramai jugak orang yang amalkan Shatavari ni dah berjaya, walaupun dalam jangka masa panjang. Ye lah kita ni kalau berikhtiar tak boleh la nak cepat je. Sesuatu yang kita TTCians ni perlu ingat jangan cepat putus asa. Try satu produk sebulan dua tak jalan, stop or tukar produk lain pulak. Kadang-kadang benda ni amik masa nak develop system kita. So kita kena sabar dan pelan-pelan kayuh.

So semalam aku pun dengan pantas pergi kedai Himalaya (kebetulan dekat-dekat dengan opis aku ni ada satu kedai Himalaya). Sampai sana aku terus tanya kakak tu apa kepentingan Shatavari ni. Kakak ni cakap benda yg sama. Untuk kuatkan rahim dan untuk orang yg tengah TTC. Di samping itu lepas bersalin pun boleh sambung makan sebab dia boleh banyakkan susu untuk breastfeed. Aku pun apa lagi rembat sebotol. Harganya dalam RM47 untuk sebulan punya supply.

Ni antara blog-blog yang mengesahkan kebaikan Shatavari ni. Mari kawan-kawan kita tawakal dan cuba. Insya Allah...tercapai hajat kita nanti...

http://duniamamapapa.blogspot.com/2011/03/makanan-suami-isteri-untuk-hamil.html

http://soontobeamummy.blogspot.com/2011/04/stain.html

http://mrsniazara.blogspot.com/search/label/cerita%20ttc%20saya

http://nurmimy.blogspot.com/2011/09/orang-tanya-aku-cerita-labuka-mata.html



No comments:

Post a Comment